-PULANG UNTUK KEMBALI-
Dia pulang ke tanah tempat dia dilahirkan untuk kembali kepada ALLAH, bercita2 utk mati syahid di tanah berkat di jordan akhirnya impian dia tercapai,
Dia pergi ke alam sana dengan hati yg telah bersedia utk menghadapi kematian, sebuah cerita dari kisah benar yang boleh membuka minda untuk bersedia menghadapi kematian.
Sedikit ulasan ataupun rasa yg dapat kongsikan selepas melihat cerita ini :
Setiap orang inginkan pengakhiran drama yang mereka lihat berakhir dengan indah dan bahagia,
dan begitu juga kehidupan,
Inginkan kehidupan berakhir dengan indah iaitu mendapat kematian yang husnul khatimah,
itulah kematian yang berjaya,
Buat apa berjaya di dunia tapi pengakhiran hidupnya sangat buruk yakni hidupnya tidak diredhai oleh Allah,
Dunia bukan hanya untuk bersuka2 dan berseronok hakikatnya dunia adalah satu tempat yg sementara untuk kita bersedia menghadapi tempat yang kekal abadi iaitu akhirat,
Melihat cerita PULANG UNTUK KEMBALI ini benar2 menyedarkan yg bahawa tuhan boleh mematikan kita bila2 masa sahaja tanpa mengira usia bahkan cerita ini juga memberi kekuatan untuk mengubah diri kepada yang lebih baik, diri yang disukai oleh Allah dan Rasul dan yg lebih penting mati dalam keadaan yang baik dan indah iaitu mati syahid,
Menjadikan mati syahid itu adalah sebuah cita2 amatlah jarang untuk kita dapat pada remaja di akhir zaman ini,
Mereka hanya bercita2 pada hal dunia sahaja tapi untuk bercita2 utk hal akhirat sangatlah tidak logik bagi mereka, padahal kata Rasulullah orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati kematian,
Moga2 dengan kisah ini maka akan ramailah remaja yang sentiasa bersedia untuk mnghadapi kematian atau bersedia untuk bertemu dengan Allah dan bercita2 untuk mati dalam keadaan yang baik,
Kita tak perlu kesian akan nasibnya di akhirat kelak kerana yg pasti dia sudah selamat mnghadapi kematian tetapi kita di dunia inilah yang kena kesian akan nasib kita sendiri yg xpasti bagaimanakah pengakhiran hidup kita?? Selamat ataupun tidak ..
T
heavenbycy:
Sebuah cerita yang wajib ditonton oleh semua orang, yang menyentuh hati manusia. Betapa besarnya cita2 remaja itu untuk mati syahid di bumi berkat itu di mana dia dilahirkan dan kembali kepada Allah. Cemburunya apa bila cita2nya utk mati syahid tercapai. Memang jarang sangat lah nak lihat remaja zaman sekarang mempunyai cita2 begitu. Yang berjuang habis-habisan untuk Allah dan Rasul, yang sanggup mati untuk Allah dan Rasul. Berbaloi tonton cerita Pergi Untuk Kembali ni, point2 dalam cerita ni sangat mendalam maksudnya. Jadi saya sangat rekomen cerita ni, untuk korang tengok. Fahami dan hayatilah cerita ini.
FAR__31
Satu kisah yg benar lalu dilakonkan semula .. Walaupun cerita pendek tp ia sgt memberi kesan kpd sesiapa shja yg menonton nya .. Apatah lg org2 yg terlibat dlm cerita ini secara real ..