Ahad, 27 April 2014

Bahkan tuhan lah yang Menentukannya

  Nak menjadi seorang blogger rasanya tak mudah, tapi disebabkan saya ni minat gilaa ngan bidang penulisan sampai terbawa2 ingin mempunyai sebuah blog, nak mencapai sesuatu yang diimpikan pada mulanya memang susah.. Teng0k orang lain ada blog, terhingin juga membuatnya tapi terfikir juga.. Saya ada handpone je, cmna nak buat blog? Tapi tak putus usaha nii, nak juga buat.
   Tak kira!! Walaupun beberapa kali gagal membuatnya.. Kadang2 tuu rasa putus asa juga, "mungkin d0rg buat blog kat lapt0p nii, tulaa pasal sy xleh buat" itu jelah ayat yang keluar dari mulut kalau gagal membuatnya... Tapi akhirnya, alhmdllh.. Tuhan izinkan juga saya membuatnya, yelaa.. Kalau bukan tuhan yg izinkan, bl0g nii takkan dapat saya buat walaupun brapa kali mencubanya sebab kita hanya mengusahakannya tapi tuhan yg menentukan..
 Kalau tuhan kata "JADI" maka "JADILAH" ..
Tapi kalau ada sesuatu yang sering kita mengusahakannya tapi sering gagal membuatnya, itu maknanya tuhan ingin menguji kita.. Adakah kita sabar dengannya atau bruk sngka denganNya..
 Macam kejadian yg berlaku hari ini, dua anak kembar yg telah tuhan ambil ketika dalam kandungan.. Apakah perasaan seorang ibu yg telah mngandungkan anaknya selama beberapa bulan dan mengharap suatu hari nanti jika anaknya melihat dunia, anaknya akan menjadi pembela Allah dan Rasul..
Tetapi tuhan lebih sayangkan anak itu dan diambil anak itu ketika anak itu masih tidak mempunyai sekumit dosa pun..
 Sudah tentulah anak itu menjadi ahli syurga dan sedang menunggu ibunya di pintu syurga..
Maka berbahagialah wahai sang ibu, tuhan memperlakukan kamu sedemikian rupa bukan kerana tuhan tidak menyayangimu tetapi kerana sayanglah tuhan timpakan ujian supaya kita dapat merasai yang kita ni hamba, setiap nikmat yang tuhan pinjamkan pada kita pasti tuhan akan ambil semula..
   Mari kita ambil pengajaran daripada perkara yang berlaku disekelilingi kita, seperti kehilangan pesawat MH370 dan feri karam di k0rea selatan, siapakah yang melakukannya? Walaupun teknologi canggih pada masa kini tapi tidak mampu mengelakkan perkara sedemikian berlaku..
Bukankah tuhan yang telah melakukannya. Walaupun kita telah berusaha tetapi tuhan lah yg menentukannya, siapakah kita untuk mempersoalkan ketentuan tuhan? Padahal kita hanya seorang hamba yg hina diperbuat dari bahan yang hina tetapi tuhan telah mngangkat kita mnjadi hamba yg mulia jika dpat menjadi seorang hamba dan khalifah dimuka bumi ini kerana itulah tuhan menciptakan kita..
   Jadi jangan lah kita berbruk sngka dengan Tuhan jika sesuatu yang kita sayang kat dunia ni tiba2 tuhan ambil kembali, kerana tuhan telah menentukan apa yang terbaik untuk kita.. Tuhan mengambilnya kerana Tuhan lebih menyayanginya daripada kita maka marilah kita menjadi seorang yang redha dengan takdir ketentuannya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan