Hati ini semakin pendam semakin gelisah,
"Apa yang aku pendamkan?" Kata hati kecilku.. rupanya aku mmpunyai perasaan terhadap seorang hamba allah ni tapi aku malu untuk meluahkannya.. aku takut kalau aku meluahkannya nanti dia ckap aku pompuan tak tahu malu, atau adakah aku malu untuk meluahkannya kerana takut tuhan murka kepada aku.. Bukankah tuhan telah tetapkan jodohku maka mengapakah aku perlu mencari jodohku walaupun aku taktaw betulkah dia jodohku, rupanya aku belum lagi mampu bergantung hati sepenuhnya kepada tuhan pencipta aku.
Wahai hati, engkau telah menaruh hati ke tempat yang salah, aku tak mahu hati aku sengsara kerana cinta yang palsu, kau tidak sedar kah wahai hati, kalau cintamu ditolak oleh hamba allah tu nanti, hati engkau akan rasa sakit, bukankah lebih bagus engkau pendamkn supaya maruah engkau tak jatuh krana cinta yang sia2, apalah salahnya engkau mmndamkan rasa.. Engkau tidak akan rugi apa2, walaupun sakit dan pedih tapi tuhan kan ada, lebih baik engkau menaruh hati pada tuhan.
Aku akan cuba memendamkan perasaan itu walaupun kawan2 aku yang lain sudah pun mempunyai hbungan istimewa dengan yang tak muhrim tapi rasa untuk disyangi memang takkan dapat lari dari hati ini kerana aku tahu tuhan, apa yg mereka buat itu adalah salah walaupun hanya stakat bersms ataupun berkol tapi mereka telah buat zina hati
Aku tak mahu semua itu tuhan walaupun nafsu tak putus2 berusaha mngajak aku terjebak ke lembah itu, aku akn cuba untuk mlawannya walaupun payah kerana aku tahu, tuhan takkan sia2kan peng0rbanan hambanya, setiap kali melihat hamba allah itu, hatiku bertambah pedih, bertambah kuat rasa ingin memilikinya maka berdialog lah aku dengan hatiku, mngatakan kalau benar dia diciptakan untukku maka dekatkan aku dengannya tapi kalau dia tidak diciptakan untuk ku, jauhkan lah aku dengannya.
Tuhan telah memberi jawapannya yang bahawa dia diciptakan bukan untukku kerana dia telah pergi jauh dariku, walaupun itu hanyalah sekadar andaian aku tapi hati aku tak putus2 berdoa supaya biarlah dia dijodohkan untuk ku, aku hanya mampu berdoa tapi yang menentukannya adalah engkau tuhan.
Ouhh tuhan, aku tahu engkau sedih kerana cinta aku kpada hamba mu lebih besar daripada aku mencintaimu, walaupun begitu engkau tetap beri nikmat kepada ku supaya engkau mahu satu hari nanti aku mencintaimu sepenuh hatiku, bilakah hari itu akan berlaku tuhan??.. Walaupun aku mencintai hambamu tetapi mencintaimu sepenuh hatiku jugak keinginanku.
Sering kali aku tersasar meletakkan hati, apabila hatiku ingin mencintaimu, mula lah syaitan menunjukkan raut muka hamba allah yang telah bertakhta dihatiku maka lupa lah aku akan niat asalku.. Wahai tuhan yg telah menciptakan hatiku ini, aku ingin sgt mencintai pencipta hatiku, walaupun aku sering kalah dgn syaitan dan nafsuku tapi aku akan cuba smpai aku dapat mencintaimu sepenuh hatiku walaupun sehingga aku mnghembuskan nafasku yg terakhir.. Wahai tuhan bantulah aku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan