Ahad, 25 Mei 2014

Di Dalam Tempurung Kelapa

  Aku dalam keadaan yang sangat gelap,
tidak tahu antara siang dan malam,
Hanya mampu mendengar bunyi dari alam luar, tapi tidak mampu melihat dari mana datangnya bunyi..

  Aku dalam sebuah tempat yang sempit,
Adakah dunia ku begini sempit?
Ataupun memang dunia ini memang sempit,
Ataupun aku tidak dapat menjangkau apa yg ada diluar sana..

  Aku ingin keluar dari tempurung ini,
Xkan lah aku hidup didalam tempurung dan mati jugak didlam tmpurung,
Apalah gunanya aku hidup kalau tidak mampu berkhidmat kepada 0rg laen..

 Tapi aku takut!!!
Aku tidak mampu berdikari!!!
Aku tidak tahan dengan ujian!!
Dan Aku takut kalau aku mnyusahkan 0rang laen!!!

 Tapi keinginan untuk keluar begitu mer0nta2 sekali,
Setiap hari aku menahan dan aku berkata pada diriku yg bahawa :
"Aku ni lemah.. Aku tak mampu dan aku tak layak berada di luar sana"

   Walaupun setiap hari aku berkata tetapi itu tidak menghalang sedikitpun keinginan itu ..
Aku pasrah!!
setiap hari aku mencuba untuk keluar dan setiap hari jugak lah aku gagal..

  Aku ingin menimba ilmu sehingga aku mati,
Xkan lah aku dapat ilmu hanya didlm tempurung,
Sedikit sgt lah ilmu yg aku dapat padahal tuhan telah ciptakan ilmu seluas langit. Sampai menimba ilmu hingga ke liang lahad..

 Aku ingin mencari pengalaman,
Supaya aku dapat merasai perit dan ranjau kehidupan ini,
Mencuba sesuatu yg baru adalah satu pengalaman.
Pengalaman baik ataupun buruk,
Aku nak merasai semua itu..
 
  Pada suatu hari..
Hari yang tak mungkin aku lupai..
Hari dimana terbina sebuah janji..
Hari dimana satu harapan dibina.
Hari dimana aku terlupa erti kegelapan kerana cahaya berada dihadapan aku.

 Aku cuba melangkah untuk menuju ke arah cahaya itu..
    TAPI.... Aku takut kalau aku tak mampu hidup didalam cahaya kerana separuh hidupku didalam kegelapan..
Dan aku hidup didalam kesempitan.
Adakah aku dpat hidup didalam ruang yg luas?
Ataupun Adakah aku dpat mnyesuaikan diri?

 Banyak s0alan berlegar dikepala ku..
Tapi aku cuba melangkah walaupun kaki bergetar2 ke arah cahaya itu..

.....................


SELAMAT TINGGAL wahai Tempurung Kelapa!!!
 Setelah aku melangkah keluar dari tempat mu. Aku cuba untuk takkan balik ke tempat mu lagi kerana aku menyesal yg bahawa aku telah mensia2 kan kehidupan ku tanpa ilmu dan pengalaman..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan