Rabu, 10 September 2014

hatiku bicara lagi

Seruan haji tiba lagi pada tahun ini,
Kaabah melambai2 ke arah kita,
Setiap hari pasti ramai yg pergi kepada mu kaabah, mmbuat ibadah haji dan umrah..
Cemburunya dengan mereka sangat meluap2 Teringinnya pergi ke sana,
Melihat rumah Allah yg gagah berdiri walaupun engkau ada sejak zaman Rasullulah lagii..
Hebatnya tuhan,
Dimuliakan lagi dengan hajarul Aswad,
Batu dari syurga yg dulu nya putih bgaikan susu,Sekarang keputihan itu makin lama makin pudar kerana dosa2 0rg yg mnciumnya..
  Teringat kembali ttg sejarah pembinaan kaabah setelah kaabah dibadai banjir besar, bila dah dibina semula kaabah, sampai pada fasa meletakkan Hajarul Aswad ke tempatnya kembali, masing2 berebut. Pada mereka ini satu kemulian yang besar yang semua orang nak mendapat kemuliaan ini. Hampir berlaku peperangan antara kabilah dalam Quraisy kerana berebut untuk meletakkan Hajarul Aswad ini, Akhirnya mereka mencari hakim.
  Hakim membuat keputusan bahawa siapa yang pertama masuk ke Masjidil Haram dialah yang akan memutuskan siapa yang paling layak meletakkan kembali Hajarul Aswad ini ketempatnya, sedang mereka semua menunggu dengan cemas siapakah yang akan membuat perhitungan ini, masuklah Rasulullah,
Semua mereka senang hati dan setuju dengan Rasulullah..
  Rasulullah dengan kebijaksanaanya menyelesaikan masalah itu dengan penuh aman damai dan memuaskan hati semua pihak, Rasulullah buka serbannya, kemudian meletakkan Hajarul Aswad di tengah2 serban dan semua ketua kabilah mengangkat serban ini bersama2 dari penjuru masing2, bila sampai ketepi Kaabah, Rasulullah lah yang meletakkan kembali Hajarul Aswad ke tempatnya.
 Begitulah orang yang Allah pilih, disaat2 akhir Allah datangkannya walaupun dia tidak berada disitu, Maha besar tuhan yang memuliakan siapa yang dia kehendaki, dengan itu Rasulullah telah menyelamatkan bangsa Quraisy dari peperangan saudara diantara mereka..
  Begitu jugak tentang sejarah Abrahah ingin meruntuhkan kaabah, tuhan datangkan sekumpulan burung2 Ababil yang membawa batu2 dari neraka akhirnya Abrahah dan semua tenteranya mati tanpa kecuali,
Maha hebat tuhan..
  Membaca sejarah tentang peng0rbanan rasulullah, yang mana pernah Abu Jahal menghina Rasulullah ketika Rasulullah melalui mereka, mngutuk dengan perkataan yang tak pernah sesiapa menyebutnya tapi Rasulullah tetap sabar dan tenang .
 Bertambah kuat lagi keinginan ingin menjejakkan kaki ke sana..
Tapi layakkah diri ini untuk pergi ke rumah Allah..
Melihat sendiri suasana tempat kelahiran mu ya Rasulullah,
tempat engkau bertemu dengan malaikat Jibril di gua hirak,
Tempat engkau selalu beribadah, berperang..
Tempat jasad engkau di makamkan ya Rasulullah,
Aku ingin melihat semua itu didepan ku,
Tapi apakan daya..
Semoga aku direzekikan menjejakkan kaki ke sana.. Aminnn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan