Hati mana tak kecut sebut pasal kematian?!!..
Kematian menakutkan bagi orang yang tidak bersedia untuk mati TAPI bilakah mempersiapkan diri untuk kematian?..
Nak tunggu sampai tua?
Ataupun sampai sakit?
Ataupun sampai dah nak nazak?
Baru nak bersedia untuk matii..
Mati datang tiba-tiba,
Tak kira tua, muda, sakit ataupun sihat..
Jika sudah sampai masanya .. Matilah ia!!
Tapi mampukah diri ini menghadapi saat kematian itu?
Dah banyak kah amalan yang dibawa untuk bekalan di akhirat nanti?
Adakah dosa2 yang lalu dan sekarang sudah tuhan ampunkan?
Soalan demi soalan muncul apabila mendengar berita tentang kematian..
Merasa cemburu melihat mereka yang dpat kematian yang indah dan berjaya tapi susahnya nak baiki diri..
Nak kematian yang berjaya tapi belum berjaya melawan nafsu.
Asyik terikut dengan hasutan nafsu..
Setiap hari Malaikat Izrail menziarahi kita,
Melihat perangai kita yang sangat hampir dengan kematian tapi kita bahkan lupa tentang itu, asyik dengan dunia..
Lalai dengan tuhan..
Dah rasa diri baik, macam nii lah perangainya..
Teng0k orang dedah aurat,
rasa diri lebih baik dari diri dia..
Tengok orang buat maksiat,
Rasa diri dia xlayak masuk syurga..
Ya Allah teruknya perangaii!!!!!!
Sedangkan tahu tuhan itu maha pengampun,
walaupun pada awal hidupnya dia adalah seorang yang sangat jahat tapi kita tak tahu pengakhiran cerita hidupnya.
Mungkin diri dia lebih baik dari diri kita..
Jadilah marilah kita muhasabah selalu,
Walaupun kita sentiasa lalai..
Kita nak berubah jadi baik tapi sentiasa gagal setiap harii..
Bila dah gagal tuu mula lah putus asa,
Tapi bila dah dengar pasal kematian baru tersedar yang diri ini semakin jauh dengan tuhan..
Macam mana nanti bila kita kembali padanya, adakah tuhan akan melihat kita dengan penuh rindu dan cinta?.
Sedangkan kita tak pernah merindui dan mencintainya.
Tentu tuhan akan melihat kita dengan murkanya kerana kita sentiasa lupa dengannya samalah seperti seorang ibu yang berasa sangat sedih apabila seorang anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tapi apabila dia dah besar anak itu tidak mngaku dia adalah ibunya..
Padahal kasih sayang tuhan melebihi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya..
Kematian mungkin menakutkan utk mereka yang xbersedia tapi bagi mereka yang telah mencintai dan merindui tuhan, kematian bukanlah sesuatu yang menakutkan tapi saat kematian adalah saat2 yang sangat mereka tunggu kerana dengan kematianlah mereka dapat kembali kepada penciptanya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan