Khamis, 9 April 2015

LUAHAN HATI SESEORANG •Terima kasih pada orang itu, Jika anda seorang remaja dan mempunyai luahan ataupun isi hati, boleh jer sy postkan kat blog nii.. Jangan risau, nama anda akan dirahsiakan.. Tapi biarlah luahan itu dapat memberi pengajaran pada yang lain

" Hati tetiba terase disiat2,
Pedih !!
"Aq dah kenape??"
Rupanye aq cemburu dengan membe2 yang lain, bukan cemburu pasal mereka berduit, rupa cantik, harta banyak tapi aq cemburu melihat mereka dapat berjuang dan menimba pengalaman di tempat orang..
  Tapi AKU??
Masih disini!!
Masih terperuk!!
Masih terperangkap!!
Aq rase bagaikan berada di sebuah cawan kaca,
Aku mampu melihat tapi aku tak mampu mencapai sedangkan kawan2 aku telah lama mencapainya...
  Setiap hari aku berkata pada diri..
" Ad hikmah tuhan letakkan engkau masih disini, bersabarlah wahai diri..
Saat yg engkau tunggu akan tiba jua"

  Mungkin aku dapat bersabar tapi rasa cemburu itu tak mampu aku menahan..

Bilakah aku dapat tinggalkan pandangan yg kecil kepada pandangan yg besar?? ..
Terasa seperti telah mensia2kan masa remaja..
 
Aku mampu bersabar hingga ke saat ini kerana aku cuba nak gembirakan hati orang lain,
Mungkin dengan cara ini, tuhan akan gembirakan aku..
Walaupun hati aku sakit setiap kali kawan2 aku bertanya dimana keberadaan aku sekarang,
Aku malu menjawap jawapan yang sama yg telah aku beri pada mereka 3 tahun yg lalu..

Rezekikanlah aku tuhan,
Dimana mereka menjejaki,
aku juga ingin menjejakinya.
Dimana mereka menyentuh,
Aku juga ingin menyentuhnya.
Tapi lebih baik lagi jika aku dapat
Menjejaki ditempat yang pernah dijejaki oleh Rasulullah dan para sahabat..


Wahai diri bersabarlah.. :').. "

 

•syukran pada orang itu yg sudi berkongsi sebuah luahan..
Moga2 ada diantara kita yang dapat cemburu melihat orang melakukan kebaikkan,
Biarlah cemburu pada tempatnya
bukannya cemburu membabi buta..

  SEKIAN~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan