Rabu, 20 Mei 2015

LUAHAN HATI SESEORANG •Terima kasih pada orang itu, Jika anda seorang remaja dan mempunyai luahan ataupun isi hati, boleh jer sy postkan kat blog nii.. Jangan risau, nama anda akan dirahsiakan.. Tapi biarlah luahan itu dapat memberi pengajaran pada yang lain

CINTA Itu Buta..
Bukanlah aku ingin menceritakan sebuah cerita tentang cinta tetapi aku ingin menceritakan sebuah kisah tentang aku yang dibutakan oleh cinta yang dipenuhi nafsu,
Walaupun aku sangat2 menyesalinye tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur,
Jika hati telah dibutai oleh cinta nafsu maka nafsu lah yg menjadi raja kepada hati,
Jadikanlah cerita ku ini menjadi pengajaran agar kamu tidak mengulangi kisah ku lagi..

Biarlah aku merahsiakan tentang diriku agar aku tidak merasa malu dikemudian hari tapi aku xdpat lagi rasa malu dengan tuhan dengan dosa2 ku ini..

 Hati mana yang tidak ingin dicintai dan mencintai ,
walaupun kita berada didalam keluarga yang bahagia, bersama rakan2 perjuangan, pemimpin2 laksana ibu dan ayah dan sentiasa dalam kasih sayang,
Tetapi nafsu tak pernah puas!!!
Nafsu mengajak untuk memberi kasih kepada yang tidak muhrim,
Itu yg akan membuatkan nafsu puas,
Cinta aku bukanlah sehingga terlanjur,
Yee!! Walaupun aku mencintainya tetapi aku tidak pernah merosakkannya,,

Beginilah kisahnya.......

Aku bernama "M" ..
Aku meminati seorang wanita,
(Mestilah minat pompuan, xkn laki lak :))
Pada mulany aku ingin menyangkal perasaan itu mungkin kerana aku hanya suka melihat wajahnya tetapi sangkaanku meleset,
Rupanya cinta itu telah masuk ke hati..
Bak kata drama melayu,
Mandi tak basah, makan tak kenyang,
Tidur tak lena..
Setiap hari aku curi2 melihat wajahnya,
Dan wajah itulah yg sentiasa menganggu ketika aku ingin menghadap tuhan,
Tak dinafikan didalam sembahyang aku memang lalai!!! ( Jahatny aku tuhan)
Tapi pada masa itu rasa bersalah kepada tuhan tidak pernah wujud dalam hatiku..
Bila aku yakin dengan perasaan ini maka aku cuba melangkah satu langkah kehadapan,
Aku selalu stalk fb dan wechat dia,
Aku belum berani untuk menghubunginy kerana wanita itu sll membuat aku seperti tidak wujud,
Dia tidak pernah Memandang wajahku apatah lagi senyum kepada diriku, itulah yg membuatkan aku malu dengany..
Bagaimana jika aku mnghbunginy tetapi dia xmembalasnya?
Mesti aku yang maluu!!!
Tapi aku gagahkan juga,
Mana tahu dia akan membalasinya...
Aku on9 fb dan aku nampak dia pun turut on9..
Dup' dap' dup" dap"
Yupss.. Itulah yg aku rasakan ketika itu..
Aku mulakan dengan memberi salam ..

" Assalammualaikum"

.......
Beberapa minit kemudian,

"Wlkmslm"
"Ye?

.....

"Boleh berkenalan? "
(Ayat cm budak2, mybe kerana kegugupan membuatkan otak membeku)
.......

"Bukan dah kenal ke?
Awak kan dok satu zon dengan saye
Takkan tak kenal dgn saye..

.....
(Perghh.. Aku ingatkan aku tak wujud rupanya dia tahu keberadaan ku..

.....

Dari hari itulah, kami sentiasa berhubung.
Siang malam, tak kira waktu.
Aku rasa aku lah orang yg paling bahagia ketika itu (puihhh!!)
Ketika hubungan kami semakin mesra,
Aku mencuba melangkah dua langkah kehadapan iaitu mengajakny berCOUPLE..
Aku ingin memilikinya..

Aku tekad utk meluahkan hasrat ku,
Aku pun mnghubunginy dan meluahkan segala yg trpendam,,
Aku tahu dia akan trkejut tapi aku lagi trkejut kerana dia xbrfkir lama,
Dia terus menerimanya..
Adakah aku bermimpi?? (cubit pipi)

Sbenarny dia pun dah lama ada feeling kat aku..
Patutlah dia malu2 dengan aku rupany dalam hati ada taman, cuma bunga je belum ada..
Dan aku telah menanam sebuah bunga didalam hatinya..
Mana mungkin rupa yg seiras Aron aziz ini tidak mempunyai peminat..
( cehh, angkat bakul sndri nmpak)

Bermulalah kisah hitam yg dipenuhi dengan cinta nafsu..
Pada mulany kami hanya berjiwang2 di laman sosial , setelah itu mula lah berjiwang2 dengan bergayut di hp ..
(Mcm monyet bergayut pun ade)
Tak pula rasa penat..
Tapi nafsu xpernah puas!!!
Dan aku sentiasa menjadi hamba nafsu
(Seperti kerbau yg dicucuk hidung )
Aku mula lah mengajakny utk berjumpa
(Face to face lah, baru lah feeling lagi kuat)
Pada mulany dia menolak,
kerana takut dan malu ..
(Adakah takut tuhan ataupun takut kantoi? Aku pun xtahu.. )
Tapi kerana aku pandai bermain dengan kata2
(Well, lelaki dgn kata2 manis memang berkait rapat)
Dia akhirnya setuju..

Hari yg telah dipersetujui pun tiba,
Aku pada mulany memang cuak juga,
Yelaa, nak brjumpa berdua2 an ..
(Mgkin kerana didikan dari kecil mmbuatkan aku serba salah tapi aku pelik pergi mana nya didikan itu tatkala keinginan utk berjumpa itu ada..
Mngkin kerana aku telah menolak cinta tuhan maka nafsu telah menolak didikan itu..
Didikan utk takutkan tuhan dan cintakan tuhan,
Dari kecik lagi aku dididik sedemikan .. )

Berbalik dari kisahnye,
Tup" tap' tup" tap'
dia datang menghampiri ku..
Walaupun agak2 malu tapi rasa seronok itu ade,
Kami berbual2 dan sudah masa utk balik,
Tetiba nafsu mngajak utk brsalam dgnnya
(Ya Allah!! Ape nak jdi dgn aku nii)
Aku memberanikan diri untuk mngangkat tangan tanda utk bersalam dgnnya..
Aku terkejut apabila tangan halusny telah bersentuh dgn tanganku,
(Rasa nk pengsan pun ade)
Beraninya dia!!! Ingatkan dia akan menolak
Lalu aku brfikir,
Sedangkan aku yg hnya ada 1 nafsu saje pun mampu brtindak sedemikian apatah lgi dia yg mempunyai 9 nafsu..
(Rasa bersalahny Ya Allah!! )

 Satu pertemuan xkan berakhir disitu..
Berlaku lah dua, tiga , empat pertemuan..
Rasa bahagia tak terkira,
Orang yg dilamun cinta katakan..

TAPI Sayang ....


(Hari yg aku rasa kecewa sgt)
Aku mendengar malam ini, ada pasangan yg akan menikah,
Aku peduli ape bukan aku yg nak nikah pun,
Malam itu pun tiba,
Aku tidak syak apa2..
Aku melihat pengantin lelaki berseri2 mukany,
Org nak kawen kowt takkn suram j muka..

"Aku terima nikahny ....... Binti....... "


Erhh, japp2.. Nama tuu macam aku kenal,
Aku terus melihat pengantin perempuan yang hanya tunduk sahaja dari tadi,
Alangkah terkejutnya aku...
Wanita yg aku cintai telah bernikah!!!!
Adakah aku bermimpi??..
(Oohh tuhan!!!)

Aku berlari...
(Ceh2, dah mcam drama melayu daa, nasib baek xde hujan je tyme tuu.. )
Aku kecewa sangat!!
Orang yang aku cintai dan sayangi selama ini rupany bukanlah jodoh ku..
Oke !! Cerita abihh.. Full stop

Kesimpulan dari kisah ini adalah :
Janganlah jadi seperti aku,
Mencintai seorang yg belum halal lagi utk ku..
Jika ada perasaan minat kat seseorang,
Sembunyikanlah, luahkan pada tuhan,
Tuhan lah yg mengatur segalanya,
Baru lah aku sedar yg selama ini cinta aku hnya lah sia2..
Sepatutny aku serahkan cinta ini kepada tuhan,
tuhan akan buat yg terbaik untuk kita..

(Macam aku leh jadi novelis tak?, hahahah..
Mngkin disebabkan penulisan selalu dpat markah A , so penulisan takde lah hancur sgt.. ) MZB

Tiada ulasan:

Catat Ulasan