Bukanlah nak cerita pasal hati ini dah dapat cintai tuhan tapi luahan seorang hamba yang masih gagal mencintai tuhan..
"Cintakan tuhan, Rindukan tuhan ,
Takutkan Tuhan"
Cakap memang senang tapi nak buat, nak amalkan, nak simpan dalam hati itu yang payah..
Sudah 19 tahun hidup didunia tapi selama itu juga diri ini masih gagal mencapai untuk cintai tuhan,
Kenapa degil, kenapa keras,
kenapa susah wahai tuhan??..
Mungkin kerana hati sudah mati,
Tapi sedih kerana hati ini mudah jatuh cinta dengan sesama manusia,
Berkali untuk sembunyikan perasaan,
Tundukkan pandangan,
Jaga hati tapi tetap juga mencintai,
Cuba untuk membuangnya walaupun tahu itu sakit,
Nak mencintai seseorang tanpa ikatan apa2 adalah salah,
Mencintai itu bukan kerana Allah tapi kerana nafsu semata kerana tidak ada ikatan yang sah,
Bercinta sakan pun kalau takda jodoh,
Kan pengakhirannya akan kecewa??
Bila dah kecewa baru nak cari tuhan,
" Tuhan, beratnya ujianmu ini padaku, aku tidak sanggup kehilangannya"
Wahai Hamba Allah, sedarlah bahawa tuhan lebih sedih yg engkau akan kehilangannya,
Tuhan yg menjaga engkau sedari perut ibu mu lagi tapi bila dah besar engkau lupa diri,
Engkau mencintai hambanya lebih daripada mencintainya..
Bukankah itu dinamakan derhaka padanya,
Engkau buat dosa didepannya
Tapi bila didalam solatmu, engkau berjanji yg hidupmu dan matimu hanyalah milik Allah,
Engkau sudah berjanji tapi engkau mungkiri juga,
Diberikan ujian itu bukan tuhan xsayang pada kita tapi kerana Tuhan nak kita sedar yang bahawa dia nak kita kembali padanya,
Dan serahlah segalanya kerana dia akan bagi lebih baik untuk diri kita..
Kita sibuk nak tahu dan mencari siapa jodoh kita,
Berangan2 mendapat jodoh yg hensem, yg baik, yg soleh dan dapat membimbing kita hingga ke jannah..
Dalam kesibukkan kita mencarinya kita lupa yg bahawa diri kita tak sebaik untuk dapat jodoh yg baik..
hati perempuan mana yg nak dapat lelaki yang xbaik, sumany nak baik.
Tapi xpernah pula baiki perangai menjadi baik,
Bukankah jodoh itu adalah cerminan diri kita,
Buruk perangai kita, bruk juga lah perangai dia,
Cantik perangai kita, insyallah cantik juga perangai dia,
Tapi tak perlulah kita sibuk2 nak tahu sebab kita belum pasti samada kita bertemu jodoh dengan manusia ataupun bertemu jodoh dengan ajal ..
Kalaulah ajal jodoh kita,
Adakah tuhan akan mengaku kita ini hambanya?
Sedangkan kita selalu menjadi hamba nafsu dan syaitan.
Ouuhh Tuhan,
Tanamkan lah sedikit rasa cintamu padaku agar aku dapat mencintaimu lebih dari segalanya..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan