Selasa, 11 Ogos 2015

ADAKAH AKU PULA SELEPAS INI??

    Dalam sehari ada dua kematian dalam usia yg muda,
Kematian mereka di usia yg muda membuatkn aku takut,
Bagaimana jika aku pula selepas Ini ?
 Adakah aku sudah bersedia mnghadapinya?
Adakah aku mndapatkn kematian yg berjaya seperti di inginkn mereka yg lain..
Adakah aku dpat jwap soalan yg akan ditanya di Alam kubur nanti??..



   Mungkin malam Ini kita tidur bertemankan keluarga, beralaskan tilam dan tidur di bilik yg besar..
Mana tahu besok kita tidur berseorangan,
Beralaskan Tanah Dan ruanganny sangatlah kecil iaitu Alam kubur,
Mereka telah melalui Alam Itu ,
Tinggallah kita menunggu giliran,
Bagaimana caranya tuhan mengambil kita nanti? Adakah secara baik atau sebaliknya.

 

  Setiap hari melalui tanah perkuburan,
Terfikir "apakah nasib mereka disana?"
Adakah sedang bahagia atau derita?
Aku harap wahai tuhan kebahagianlah yg menunggu ku disana..
Sedangkan hati xmampu merindui Dan mencintaimu Lagi..
Wajarkah aku mendapat kebahagian itu?


  Bila tanah perkuburan bukan lagi sebagai tempat peringatan,
Mereka bahkan lupa bahawa mereka akan kembali disana,
Bergelak ketawa ditanah perkuburan,
Apakah kematian ITU satu yg melucukan??
Ingatkan aku selalu dengan kematian wahai tuhan agar aku selalu berasa aku akan mati selepas ini..

  Jika kita tahu tarikh kematian kita mungkin kita xda Masa utk bergembira ,berlalai2, buat jahat..
Mungkin kita hanya ditikar sejadah menangis, menyerah diri kepada tuhan.
Sebab itulah tuhan merahsiakan tarikh kematian kita kerana dia nak hambanya takut kepadanya Dan supaya kita tahu bahawa tuhan mampu berbuat apa sahaja diluar jangkaan kita..

  Ampunkanlah diriku tuhan.
Kerana hambamu ini hanya pandai dalam berkata2.
Belum lgi mampu berbuat seperti yg dikatakan..
Bantulah aku wahai tuhan.. MZB

Khamis, 25 Jun 2015

CINTAILAH TUHAN LEBIH DARI SEGALANYA

Bukanlah nak cerita pasal hati ini dah dapat cintai tuhan tapi luahan seorang hamba yang masih gagal mencintai tuhan..

"Cintakan tuhan, Rindukan tuhan ,
Takutkan Tuhan"

Cakap memang senang tapi nak buat, nak amalkan, nak simpan dalam hati itu yang payah..
Sudah 19 tahun hidup didunia tapi selama itu juga diri ini masih gagal mencapai untuk cintai tuhan,
Kenapa degil, kenapa keras,
kenapa susah wahai tuhan??..
Mungkin kerana hati sudah mati,

Tapi sedih kerana hati ini mudah jatuh cinta dengan sesama manusia,
Berkali untuk sembunyikan perasaan,
Tundukkan pandangan,
Jaga hati tapi tetap juga mencintai,
Cuba untuk membuangnya walaupun tahu itu sakit,
Nak mencintai seseorang tanpa ikatan apa2 adalah salah,
Mencintai itu bukan kerana Allah tapi kerana nafsu semata kerana tidak ada ikatan yang sah,
Bercinta sakan pun kalau takda jodoh,
Kan pengakhirannya akan kecewa??
Bila dah kecewa baru nak cari tuhan,

" Tuhan, beratnya ujianmu ini padaku, aku tidak sanggup kehilangannya"

Wahai Hamba Allah, sedarlah bahawa tuhan lebih sedih yg engkau akan kehilangannya,
Tuhan yg menjaga engkau sedari perut ibu mu lagi tapi bila dah besar engkau lupa diri,
Engkau mencintai hambanya lebih daripada mencintainya..
Bukankah itu dinamakan derhaka padanya,
Engkau buat dosa didepannya
Tapi bila didalam solatmu, engkau berjanji yg hidupmu dan matimu hanyalah milik Allah,
Engkau sudah berjanji tapi engkau mungkiri juga,
Diberikan ujian itu bukan tuhan xsayang pada kita tapi kerana Tuhan nak kita sedar yang bahawa dia nak kita kembali padanya,
Dan serahlah segalanya kerana dia akan bagi lebih baik untuk diri kita..

Kita sibuk nak tahu dan mencari siapa jodoh kita,
Berangan2 mendapat jodoh yg hensem, yg baik, yg soleh dan dapat membimbing kita hingga ke jannah..
Dalam kesibukkan kita mencarinya kita lupa yg bahawa diri kita tak sebaik untuk dapat jodoh yg baik..
hati perempuan mana yg nak dapat lelaki yang xbaik, sumany nak baik.
Tapi xpernah pula baiki perangai menjadi baik,
Bukankah jodoh itu adalah cerminan diri kita,
Buruk perangai kita, bruk juga lah perangai dia,
Cantik perangai kita, insyallah cantik juga perangai dia,
Tapi tak perlulah kita sibuk2 nak tahu sebab kita belum pasti samada kita bertemu jodoh dengan manusia ataupun bertemu jodoh dengan ajal ..

Kalaulah ajal jodoh kita,
Adakah tuhan akan mengaku kita ini hambanya?
Sedangkan kita selalu menjadi hamba nafsu dan syaitan.

Ouuhh Tuhan,
Tanamkan lah sedikit rasa cintamu padaku agar aku dapat mencintaimu lebih dari segalanya..

Sabtu, 13 Jun 2015

Ramadhan Kian Menghampiri

Ramadhan kian Menghampiri,
Ertinya umur makin meningkat,
Adakah roh juga semakin meningkat??
Jika dari segi fizikal pun tak matang,
Roh tuu meningkat kh?
Malas nak jawap sebab tahu roh memang tak meningkat lagii..
Sebenarny tahu sgt roh xpenah meningkat tapi nak rasa sedih sebab xda peningkatan itu yg payah,
Klu roh tak meningkat, rasa takutkan tuhan dan rindukan nabi pun xda peningkatan..
Dari dulu sampai sekarang sama jelaa,
Padahal orang lain, bila dia buat dosa,
Dia sangat takut dengan tuhan,
Takut tuhan tak ampunkan,
Takut tuhan campakkan ke dlam neraka(nauzubillah)..
Tapi kita ni, bila dah buat dosa langsung xtakut dengan tuhan..
Tapi bila dicakap tentang alam kubur dan azab neraka, kita jadi takut!!!..
Time tuu baru nak mengelabah,
Tapi perasaan tu tak kekal mana pun,
Mngkin dalam 1 minit..
Pastu bila 0rang lain buat dosa,
Kita kutuk habis2an, tak sedar diri tu lagi banyak buat dosa dari diri dia..
Tak payah rasa diri tuu baik,
klu dah ada rasa mcm tuu, baik cepat2 buang ke laut,
Sebab payah nak minta ampun dengan tuhan kalau dah rasa diri tuu baik,
Rasa lgsung xbuat dosa, rasa diri baik.
Hakikatny setiap saat membuat dosa.
Lupa dengan tuhan, dosa!!
Sangka buruk dengan orang, dosa!!
Tengok org yg xmuhrim, dosa!!
mengumpat, dosa!!
lalai, dosa!!
Bercakap yg sia2, dosa!!
Adakah yg rasa dalam satu hari confirm dia xbuat dosa?..
Memang tabik lah klu ad 0rg mcm tuu.
Sedangkan Rasulullah pun yg dijanjikan syurga buatnya tetap rasa diri tuu byk dosa,
Apatah lagi kita yg sangat jauh beza dengan baginda..

Bila Ramadhan dah dekat,
Kat fb, wechat, instagram, twitter..
Suma cakap pasal Ramadhan,
Nak minta maaf,
Xsabar nak puasa laa,
(Adakah yg cakap xsabar nak beribadah?)
Ada pula yg update status
"Xsabar nak raya"
Mak aihh, ramadhan belum tiba dah sebut pasal raya?..
"Xsabar nk pakai baju raya"
Yg nii pun ada juga..
Macam2 remaja zaman sekarang..
org2 zaman Rasulullah dulu gembira
ramadhan nak dekat,
Sebab xsabar nak buat ibadah dibulan yg berkat, sangat2 lah menunggu malam Lailatul Qadar..
Jauhny beza kita dengan mereka,

Harap2 sangatlah Ramadhan tahun ini, banyak membuat ibadah dan sedikit sahaja membuat dosa..
Klu lah dibulan Ramadhan pun ibadah xbnyak apatah lagi di bulan2 yg biasa,
Tentu lebih menyedihkan..
Menangislah selalu dan renungkanlah selalu tentang dosa kita,
Kerana Allah lebih menyukai hamba yg menangis kerana dosa daripada tasbih para Aulia..
Ampun Maaf Dari Saya..

Rabu, 20 Mei 2015

LUAHAN HATI SESEORANG •Terima kasih pada orang itu, Jika anda seorang remaja dan mempunyai luahan ataupun isi hati, boleh jer sy postkan kat blog nii.. Jangan risau, nama anda akan dirahsiakan.. Tapi biarlah luahan itu dapat memberi pengajaran pada yang lain

CINTA Itu Buta..
Bukanlah aku ingin menceritakan sebuah cerita tentang cinta tetapi aku ingin menceritakan sebuah kisah tentang aku yang dibutakan oleh cinta yang dipenuhi nafsu,
Walaupun aku sangat2 menyesalinye tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur,
Jika hati telah dibutai oleh cinta nafsu maka nafsu lah yg menjadi raja kepada hati,
Jadikanlah cerita ku ini menjadi pengajaran agar kamu tidak mengulangi kisah ku lagi..

Biarlah aku merahsiakan tentang diriku agar aku tidak merasa malu dikemudian hari tapi aku xdpat lagi rasa malu dengan tuhan dengan dosa2 ku ini..

 Hati mana yang tidak ingin dicintai dan mencintai ,
walaupun kita berada didalam keluarga yang bahagia, bersama rakan2 perjuangan, pemimpin2 laksana ibu dan ayah dan sentiasa dalam kasih sayang,
Tetapi nafsu tak pernah puas!!!
Nafsu mengajak untuk memberi kasih kepada yang tidak muhrim,
Itu yg akan membuatkan nafsu puas,
Cinta aku bukanlah sehingga terlanjur,
Yee!! Walaupun aku mencintainya tetapi aku tidak pernah merosakkannya,,

Beginilah kisahnya.......

Aku bernama "M" ..
Aku meminati seorang wanita,
(Mestilah minat pompuan, xkn laki lak :))
Pada mulany aku ingin menyangkal perasaan itu mungkin kerana aku hanya suka melihat wajahnya tetapi sangkaanku meleset,
Rupanya cinta itu telah masuk ke hati..
Bak kata drama melayu,
Mandi tak basah, makan tak kenyang,
Tidur tak lena..
Setiap hari aku curi2 melihat wajahnya,
Dan wajah itulah yg sentiasa menganggu ketika aku ingin menghadap tuhan,
Tak dinafikan didalam sembahyang aku memang lalai!!! ( Jahatny aku tuhan)
Tapi pada masa itu rasa bersalah kepada tuhan tidak pernah wujud dalam hatiku..
Bila aku yakin dengan perasaan ini maka aku cuba melangkah satu langkah kehadapan,
Aku selalu stalk fb dan wechat dia,
Aku belum berani untuk menghubunginy kerana wanita itu sll membuat aku seperti tidak wujud,
Dia tidak pernah Memandang wajahku apatah lagi senyum kepada diriku, itulah yg membuatkan aku malu dengany..
Bagaimana jika aku mnghbunginy tetapi dia xmembalasnya?
Mesti aku yang maluu!!!
Tapi aku gagahkan juga,
Mana tahu dia akan membalasinya...
Aku on9 fb dan aku nampak dia pun turut on9..
Dup' dap' dup" dap"
Yupss.. Itulah yg aku rasakan ketika itu..
Aku mulakan dengan memberi salam ..

" Assalammualaikum"

.......
Beberapa minit kemudian,

"Wlkmslm"
"Ye?

.....

"Boleh berkenalan? "
(Ayat cm budak2, mybe kerana kegugupan membuatkan otak membeku)
.......

"Bukan dah kenal ke?
Awak kan dok satu zon dengan saye
Takkan tak kenal dgn saye..

.....
(Perghh.. Aku ingatkan aku tak wujud rupanya dia tahu keberadaan ku..

.....

Dari hari itulah, kami sentiasa berhubung.
Siang malam, tak kira waktu.
Aku rasa aku lah orang yg paling bahagia ketika itu (puihhh!!)
Ketika hubungan kami semakin mesra,
Aku mencuba melangkah dua langkah kehadapan iaitu mengajakny berCOUPLE..
Aku ingin memilikinya..

Aku tekad utk meluahkan hasrat ku,
Aku pun mnghubunginy dan meluahkan segala yg trpendam,,
Aku tahu dia akan trkejut tapi aku lagi trkejut kerana dia xbrfkir lama,
Dia terus menerimanya..
Adakah aku bermimpi?? (cubit pipi)

Sbenarny dia pun dah lama ada feeling kat aku..
Patutlah dia malu2 dengan aku rupany dalam hati ada taman, cuma bunga je belum ada..
Dan aku telah menanam sebuah bunga didalam hatinya..
Mana mungkin rupa yg seiras Aron aziz ini tidak mempunyai peminat..
( cehh, angkat bakul sndri nmpak)

Bermulalah kisah hitam yg dipenuhi dengan cinta nafsu..
Pada mulany kami hanya berjiwang2 di laman sosial , setelah itu mula lah berjiwang2 dengan bergayut di hp ..
(Mcm monyet bergayut pun ade)
Tak pula rasa penat..
Tapi nafsu xpernah puas!!!
Dan aku sentiasa menjadi hamba nafsu
(Seperti kerbau yg dicucuk hidung )
Aku mula lah mengajakny utk berjumpa
(Face to face lah, baru lah feeling lagi kuat)
Pada mulany dia menolak,
kerana takut dan malu ..
(Adakah takut tuhan ataupun takut kantoi? Aku pun xtahu.. )
Tapi kerana aku pandai bermain dengan kata2
(Well, lelaki dgn kata2 manis memang berkait rapat)
Dia akhirnya setuju..

Hari yg telah dipersetujui pun tiba,
Aku pada mulany memang cuak juga,
Yelaa, nak brjumpa berdua2 an ..
(Mgkin kerana didikan dari kecil mmbuatkan aku serba salah tapi aku pelik pergi mana nya didikan itu tatkala keinginan utk berjumpa itu ada..
Mngkin kerana aku telah menolak cinta tuhan maka nafsu telah menolak didikan itu..
Didikan utk takutkan tuhan dan cintakan tuhan,
Dari kecik lagi aku dididik sedemikan .. )

Berbalik dari kisahnye,
Tup" tap' tup" tap'
dia datang menghampiri ku..
Walaupun agak2 malu tapi rasa seronok itu ade,
Kami berbual2 dan sudah masa utk balik,
Tetiba nafsu mngajak utk brsalam dgnnya
(Ya Allah!! Ape nak jdi dgn aku nii)
Aku memberanikan diri untuk mngangkat tangan tanda utk bersalam dgnnya..
Aku terkejut apabila tangan halusny telah bersentuh dgn tanganku,
(Rasa nk pengsan pun ade)
Beraninya dia!!! Ingatkan dia akan menolak
Lalu aku brfikir,
Sedangkan aku yg hnya ada 1 nafsu saje pun mampu brtindak sedemikian apatah lgi dia yg mempunyai 9 nafsu..
(Rasa bersalahny Ya Allah!! )

 Satu pertemuan xkan berakhir disitu..
Berlaku lah dua, tiga , empat pertemuan..
Rasa bahagia tak terkira,
Orang yg dilamun cinta katakan..

TAPI Sayang ....


(Hari yg aku rasa kecewa sgt)
Aku mendengar malam ini, ada pasangan yg akan menikah,
Aku peduli ape bukan aku yg nak nikah pun,
Malam itu pun tiba,
Aku tidak syak apa2..
Aku melihat pengantin lelaki berseri2 mukany,
Org nak kawen kowt takkn suram j muka..

"Aku terima nikahny ....... Binti....... "


Erhh, japp2.. Nama tuu macam aku kenal,
Aku terus melihat pengantin perempuan yang hanya tunduk sahaja dari tadi,
Alangkah terkejutnya aku...
Wanita yg aku cintai telah bernikah!!!!
Adakah aku bermimpi??..
(Oohh tuhan!!!)

Aku berlari...
(Ceh2, dah mcam drama melayu daa, nasib baek xde hujan je tyme tuu.. )
Aku kecewa sangat!!
Orang yang aku cintai dan sayangi selama ini rupany bukanlah jodoh ku..
Oke !! Cerita abihh.. Full stop

Kesimpulan dari kisah ini adalah :
Janganlah jadi seperti aku,
Mencintai seorang yg belum halal lagi utk ku..
Jika ada perasaan minat kat seseorang,
Sembunyikanlah, luahkan pada tuhan,
Tuhan lah yg mengatur segalanya,
Baru lah aku sedar yg selama ini cinta aku hnya lah sia2..
Sepatutny aku serahkan cinta ini kepada tuhan,
tuhan akan buat yg terbaik untuk kita..

(Macam aku leh jadi novelis tak?, hahahah..
Mngkin disebabkan penulisan selalu dpat markah A , so penulisan takde lah hancur sgt.. ) MZB

Isnin, 20 April 2015

MOTIVASI UNTUK DIRI

Hujan turun renyai-renyai,
Sejuk mula menyapa badan,
Aku termenung didalam bilik,
Memikirkan nasib diri..

 Teringat kata2 kawan tadi,
" Takutnya ya Allah, bukan ap,
Kita datang sana sebab ada tanggungjwap bukan dtg nak main2,
Sebab nak berjuang utk Allah dan Rasul tapi mampu ke aku? Takut sangat.. ”,,

Mungkin sy faham perasaan kamu tapi saya tak dapat merasai ketakutan itu,
Yakinlah pada diri kamu yang hidup itu hanya utk Allah dan rasul maka dapatlah kamu berjuang utknya..
Kalau kamu rasa hidup itu bukan untuknya macam mana kamu nak brjuang untuknya?
Seperti seorang pekerja,
Bagaimana dia nak bekerja dengan orang yg bukan majikannya??
Kalau dia tahu itu adalah majikannya tentu senang dia membuat pekerjaannya kerana majikan itu akan memberitahu apa yang patut dia lakukan..
 Hidup nii senang jika mampu membuat apa sahaja yang diperintahkan dari Allah,
Tapi takkan senang2 nak masuk syurgakan?
Padahal tandas tempat yang hina pun kalau takda duit, kita tak boleh masuk..
Apatah lagi syurga,..
Agak2 kalau duit setinggi gunung kinabalu, dah boleh masuk syurga ke?
Kalau dengan duit pas masuk syurga, kesianlah dengan orang2 miskin yg xda duit..
Nak masuk syurga xda duit,
Tapi Allah tuu maha pemurah, maha penyayang..
Diberinya syurga itu dengan free janji mengikut terma dan syarat..
Motosikal yg diberi percuma pun ada syarat, kalau tak pas syarat nya,
Mimpi jela dapat motorsikal tuu..
  Pemurahkan tuhan?
Nikmat kat dunia nii walaupun sedikit sahaja yg dapat kita nikmati pun boleh membuatkan kita teruja bahkan cintai apatah lagi nikmat syurga, tentu 100 kali ganda lebih besar dari nikmat dunia,
Tak terbayang kita..
Pergilah Tanya dengan budak2 nak masuk syurga ke tak, conform dorg jawap nak ..
 Cerita pasal bdak2 nii,
tetiba teringat kisah niii..
Ada sorang budak nii, dia dapat biskut..
Pastu kakak dia nak minta sikit biskut tuu tapi adik dia taknak bagi,
Pastu umi dia cakap ap?
" Erhh adik, tak boleh macamtuu..
Nak dunia ke Nak syurga?..
Klu nak syurga, bgi akq tuu ckit"..
  Tapi adk tuu tetap xnk bagii..
" Erhh tamaknya,
Adik makan jelaa kat dunia,
Xpyah mkn kat syurga, mcmna nk msuk syurga klu ada perangai tamak "..
(Kira mcam tulaa mak dia ckap, sy pun xbrapa nak ingat.. Tapi kata2 mak dia buat saya trharu, anak dia yg masih kecil pun dia dah tekankan pasal syurga dan neraka)..

  Ingat senang nak patuh semua perintah tuhan?? ..
Siapa kata senang?..
Kalau senang maka semua orang kat muka bumi ni akan masuk syurga..
Sedangkan cerita dalam drama pun mempunyai halangan apatah lagi kehidupan yg sebenar nii..
Kalau orang lain boleh buat kenapa tidak kita?
Nak atau taknak, itu pilihan kita..
Nak masuk syurga maka berubah laa sekarang!!
Sama2 lah kita berubah dari sekarang,
Islam semakin berkembang dan semakin meningkat tetapi kita lagi yg belum mampu nak meningkat.. AAAP.. Mzb